Tinjauan Literatur Atas Kesan Kebimbangan terhadap Prestasi Akademik

Authors

  • Ng Teck Sen Sultan Idris Education University (UPSI), Malaysia
  • Supriadi Supriadi Universitas Teknologi Sumbawa, Indonesia

DOI:

https://doi.org/10.54371/jiip.v7i3.4170

Abstract

Prestasi akademik merupakan salah satu faktor tekanan yang sering mencetuskan reaksi afektif kebimbangan, serta perubahan psikofisiologi dalam sistem saraf autonomi manusia (Ng, 2023). Kebimbingan juga berpotensi membawa kepada kecelaruan di mana kecelaruan merupakan gangguan mental yang menyebabkan kebimbangan dan ketakutan yang berlebihan. Situasi sedemikian membuatkan manusia kurang bersemangat untuk menjalankan aktiviti harian termasuk hobi biasa. Kajian ini mempunyai objektif yang jelas iaitu meneliti kesan kebimbangan terhadap prestasi akademik pelajar-pelajar melalui pendekatan ulasan naratif terhadap kajian-kajian lepas. Dengan mensintesis dapatan daripada kajian-kajian lepas, kajian ini juga bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang kebimbangan dalam prestasi akademik dan menawarkan pandangan untuk penyelidik masa depan dan semua pihak lain yang terlibat dalam akademik. Kajian ini dirumuskan dengan model IZOF di mana pelajar-pelajar dan pihak yang berkaitan perlu sedar tentang zon intensiti optimum dan zon intensiti tidak optimum pelajar-pelajar, serta belajar untuk membangunkan keupayaan bagi mengekalkan dalam zon intensiti optimum bagi memaksimumkan prestasi akademik. Tambahan dalam penyelidikan, intervensi, dan aplikasi teknologi dalam aspek kebimbangan amatlah digalakkan bagi penyelidik-penyelidik masa depan.

Published

2024-03-06

How to Cite

Teck Sen, N., & Supriadi, S. (2024). Tinjauan Literatur Atas Kesan Kebimbangan terhadap Prestasi Akademik. JIIP - Jurnal Ilmiah Ilmu Pendidikan, 7(3), 2245-2249. https://doi.org/10.54371/jiip.v7i3.4170